My Teaching Philosopy



Menjadi seorang pendidik yang bitara dalam melahirkan insan yang menjadi tonggak masa depan negara. Mempersiapkan anak bangsa yang berwawasan dan berilmu. Generasi yang celik ilmu bakal menjadi tunjang kepada keutuhan bangsa, agama dan negara. Guru yang berwawasan bakal mencetus pemikiran minda kelas pertama anak muridnya dan sekaligus memantapkan pendidikan negara ke arah yang lebih unggul. Perkembangan pendidikan di Malaysia adalah sejajar dengan arus pendidikan dunia yang menitikberatkan pendidikan di setiap negara membangun.

Mewujudkan roses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan dalam kelas supaya menarik minat pelajar untuk mendalami serta memahami matapelajaran tersebut. Guru seharusnya bijak mengawal keadaan bilik darjah agar persekitaran yang kondusif mampu dizahirkan.Pengalaman yang berguna seharusnya dimanfaatkan oleh pelajar agar setiap ruang masa bersama guru ketika proses P&P mampu terlaksana dengan jayanya. Kemantapan prestasi guru bergantung kepada pelajar untuk menerima serta mengadaptasi pembelajaran sedia ada dalam mengaharungi kehidupan sebagai 'seorang pelajar'.
0 Responses

Post a Comment

  • Time Zone

    See Me

    See Me

    FuN WiTh ScIeNce

    Loading...

    E- pOrTFOLio ChEmIST